Pages

Sunday, 20 March 2022

Pengurusan Panitia

PENDAHULUAN

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam merupakan teras dalam pengurusan kurikulum sekolah khususnya dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan Pendidikan Islam. Peranannya amat penting dalam usaha menjadikan  pengurusan kurikulum Pendidikan Islam di sekolah-sekolah lebih terancang dan sistematik.

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Justeru itu, diharapkan maklumat ini dapat membantu merealisasikan harapan dan wawasan yang terkandung dalam dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta Falsafah Pendidikan Islam.

 DEFINISI

Pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah  bermaksud  kemampuan dan kecekapan Panitia Pendidikan Islam   merancang, mengurus dan melaksanakan matlamat, objektif , strategik dan program panitia secara berterusan dan berkesan.

 PUNCA KUASA

Panitia Pendidikan Islam di sekolah ditubuhkan atas arahan surat pekeliling Ikthisas Bil. 4/1986.

 OBJEKTIF

  1. Mempertingkat pemahaman mengenai struktur organisasi, fungsi dan tugas panitia Pendidikan Islam di sekolah.
  2. Mempertingkat kerjasama dan muafakat guru Pendidikan Islam untuk merancang, menyelia dan memamtau keberkesanan semua program dan aktiviti yang berkaitan.
  3. Berusaha secara muafakat untuk mencari penyelasaian masalah dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan program motivasi, sikap dan tabiat belajar murid.
  4. Memantapkan system dokumentasi maklumat yang berkaitan dengan Panitia Pendidikan Islam.
  5. Mempertingkat kualiti pengurusan Panitia Pendidikan Islam di sekolah.

0 comments:

Post a Comment